YTM wira Star FC

YTM wira Star FC

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Ogos – Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim menjadi wira Pasukan Stars FC apabila berjaya menjaringkan dua gol pada perlawanan bola sepak tujuh sepasukan ketika waktu rehat perlawanan antara Brunei DPMM FC menentang Albirex Niigata FC (S) di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Kemenangan 3-0 ke atas Pasukan Projek Ikan Pusu B hari ini turut menyaksikan jaringan oleh Mohd Eddy Shahrol @ Khairul Izzat bin Haji Omar.

YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim semasa beraksi di persembahan perlawanan bolasepak diantara Stars FC dengan Pasukan Projek Ikan Pusu B. – Gambar oleh Infofoto
YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim semasa beraksi di persembahan perlawanan bolasepak diantara Stars FC dengan Pasukan Projek Ikan Pusu B. – Gambar oleh Infofoto