Yuan akhiri kemerosotan nilai tiga hari

Yuan akhiri kemerosotan nilai tiga hari

SHANGHAI, 14 Ogos (AFP) – Bank Pusat China hari ini menambah nilai yuan berbanding dolar Amerika Syarikat sebanyak 0.05%, menurut pasaran tukaran asing negara, sekali gus mengakhiri kemerosotan selama tiga hari selepas penurunan nilai wang mengejutkan.

Kadar rujukan harian ditambat pada 6.3975 berbanding AS$1.0, daripada 6.4010 pada hari sebelumnya, kata Sistem Perniagaan Tukaran Asing China. Ia lebih kukuh berbanding 6.3982 yuan semalam.

Penambatan yang lebih tinggi untuk yuan diadakan selepas Bank Rakyat China (PBoC) menjamin pasaran kewangan dengan berjanji akan mendapatkan mata wang stabil selepas penurunan nilai mata wang sebanyak hampir dua peratus pada Selasa. Penurunan itu, dan dua pemotongan seterusnya, mengejutkan pasaran kewangan global tatkala ia menyoal mengenai keadaan ekonomi kedua terbesar dunia dan menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya perang mata wang. Beijing berkata tindakan itu merupakan hasil peralihan kepada kaedah pengiraan kadar rujukan harian yang lebih berorientasikan pasaran yang menetap nilai yuan, juga dikenali sebagai renminbi (RMB).

Sebelum ini, pihak berkuasa mendasarkan kadar ke atas tinjauan pekerja pasaran saham, tetapi kini juga akan mengambil kira keputusan pada hari sebelumnya, penawaran dan permintaan tukaran asing dan kadar mata wang utama. Yuan masih dibenarkan turun atau naik dua peratus sahaja pada mana-mana kadar rujukan kedua-dua mata wang. “Buat masa sekarang, tidak adanya asas untuk kadar tukaran renminbi terus merosot,” kata penolong gabenor PBoC Zhang Xiaohui semalam.

ARTIKEL YANG SAMA