Yuan China kukuh

Yuan China kukuh

SHANGHAI, 18 Jan – Yuan China kukuh hari ini tatkala bank pusat mengumumkan apa yang merupakan percubaan terbarunya untuk menghalang spekulasi luar pesisir dalam mata wang, sementara saham hampir-hampir mencecah tahap yang kali terakhir dilihat pada kemuncak krisis musim panas pada tahun lalu.

Bank Rakyat China (PBOC) berkata ia akan melaksanakan nisbah keperluan rizab (RRR) untuk sesetengah bank yang terbabit dalam pasaran yuan luar pesisir, dalam satu tindakan yang nampaknya bertujuan menyerap kecairan tambahan.

“Pada keseluruhannya, nampaknya pihak berkuasa China mahu menjejas aliran spekulatif yang mempertaruh penurunan pesat nilai mata wangnya,” kata Zhou Hao, ahli ekonomi pasaran membangun untuk Asia di Commerzbank AG di Singapura, dalam satu nota.

Satu permulaan yang bergolak pada tahun 2016, dengan mata wang dan pasaran saham merosot, telah mencetuskan kebimbangan bahawa penggubal dasar Beijing menghadapi risiko menemui kegagalan tatkala China mencatat pertumbuhan paling lembap dalam 25 tahun. Beijing akan mengeluarkan data KDNK untuk 2015 esok.

Pelabur melihat papan elektronik menunjukkan maklumat saham di sebuah rumah broker di Shanghai. - Reuters
Pelabur melihat papan elektronik menunjukkan maklumat saham di sebuah rumah broker di Shanghai. – Reuters

Saham China dibuka lebih rendah, sebelum berpulih untuk masuk dan keluar daripada julat positif. Indeks Komposit Shanghai tidak banyak berubah pada rehat tengah hari, sementara indeks CS1300 syarikat disenarai terbesar di Shanghai dan Shenzhen telah meningkat 0.2 peratus.

Ekuiti China telah merosot pada Jumaat, dengan indeks Shanghai berakhir lebih rendah daripada bila-bila masa sejak Disember 2014, meninggalkan kebanyakan pelabur menaruh kepercayaan mereka dalam langkah Beijing untuk menamatkan kerugian pada musim panas lalu.

“Setelah mengalami krisis pada tahun lalu, sentimen adalah agak sensitif dan pesimistik sekarang,” kata Xiao Shijun, penganalisis di Guodo Securities di Beijing. – Reuters