Yuan pada tahap paling rendah

Yuan pada tahap paling rendah

BEIJING, 25 Nov – Bank pusat China menetap nilai yuan pada tahap mata wang paling rendah berbanding dolar AS dalam lebih lapan tahun hari ini.

“Kadar pariti” untuk yuan, juga dikenali sebagai “renminbi,” atau wang rakyat, ditetap pada 6.9168, tahap paling rendahnya sejak Jun 2008. Ia adalah pada 6.9184 pada tengah hari.

Dolar AS telah naik berbanding mata wang lain sejak Donald Trump memenangi pilihan raya presiden pada 8 November. Pada tengah hari hari ini, dolar diniagakan pada 113.67 yen, tahap tertingginya dalam lapan bulan berbanding mata wang Jepun.

Trump telah mengugut akan menghukum China dan Jepun kerana memanipulasi mata wang mereka untuk mendapatkan kelebihan tukaran asing untuk pengeksport mereka.

Bank pusat China menetap nilai yuan pada tahap mata wang paling rendah berbanding dolar AS dalam lebih lapan tahun kelmarin. – AP
Bank pusat China menetap nilai yuan pada tahap mata wang paling rendah berbanding dolar AS dalam lebih lapan tahun kelmarin. – AP

Sistem Perniagaan Tukaran Asing China membenarkan yuan naik atau turun sebanyak 2 peratus maksimum berbanding kadar paritinya, yang adalah berdasarkan purata harga yang ditawarkan oleh pengeluar pasaran sebelum perniagaan bermula setiap hari.

Trump telah mengamalkan dasar yang lebih agresif terhadap China mengenai perniagaan, mengugut akan menggunakan sekatan untuk memperoleh semula kelebihan perniagaan untuk Amerika Syarikat. Pegawai China telah mengingatkan Beijing mungkin mencabar tindakan sedemikian pada Pertubuhan Perdagangan Sedunia.

Dalam rundingan perdagangan di Washington pada awal minggu ini, Zhang Xiangchen, penolong wakil perniagaan China, mempertikai idea bahawa China mengekal mata wangnya pada tahap yang rnedah. Ramai ahli ekonomi juga bersetuju China tidak lagi memanipulasi mata wangnya. – AP

ARTIKEL YANG SAMA