Yuan pada tahap terendah dalam lapan tahun

Yuan pada tahap terendah dalam lapan tahun

SHANGHAI, 15 Nov – China hari ini melemahkan penambatan yuan berbanding dolar kepada tahap rendah lapan tahun tatkala pertambahan dolar memberi tekanan seterusnya ke atas unit berkenaan.

Bank Rakyat China menetap nilai yuan – juga dikenali sebagai renmimbi – pada 6.8495 berbanding dolar, merosot 0.30 peratus berbanding penambatan semalam, menurut data daripada Sistem Perniagaan Tukaran Asing. Unit itu telah mencecah beberapa siri tahap rendah enam tahun dalam beberapa minggu ini ketika menghadapi pertambahan dolar berdasarkan jangkaan kenaikan kadar faedah AS yang lebih mendadak, dengan Presiden dipilih Donald Trump berjanji ketika kempen beliau akan menambah perbelanjaan dan mengurang cukai.

Namun penambatan hari ini adalah yang paling lemah sejak Disember 2008, dan melebihi tahap 6.83 yang ditambat oleh Beijing selama sembilan bulan pada 2009-10. China hanya membenarkan yuan naik atau jatuh dua peratus di mana-mana penambatan harian, salah satu cara untuknya mengekal kawalan ke atas mata wang. Ketika kempen presiden, Trump berkali-kali menuduh China mengekal yuan pada nilai kurang untuk merangsang eksport dan menjadikan import dari AS lebih mahal, dan telah mengugut akan mengisytiharkan Beijing pemutar belit mata wang sebaik sahaja menjadi presiden. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA