Yunait-Ideu dahului PTC FT

Yunait-Ideu dahului PTC FT

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Feb – Kejohanan Liga 3 Penjuru 11 Orang Sepasukan anjuran Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan Tahun 2015-2016 diteruskan lagi hari ini dengan perlawanan antara PTC FT menentang SP Satu Yunait-Ideu yang berkesudahan 3-0 memihak kepada SP Satu Yunait-Ideu.

Gol pertama di perlawanan yang berlangsung di Padang Bolasepak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama, Berakas, itu dicetak seawal minit kelima selepas perlawanan dimulakan hasil jaringan daripada Awang Zulkiflee bin Haji Seriman. Pendahuluan 1-0 tersebut kekal hingga separuh masa pertama tamat. Di separuh masa kedua,SP Satu Yunait-Ideu mengukuhkan lagi pendahuluan mereka menjadi 2-0 pada minit ke-6 separuh masa kedua, hasil jaringan tandukan oleh Awang Raimie bin Rapper.

Manakala pada minit ke-20 separuh masa kedua iaitu 14 minit kemudian, penyerang SP Satu Yunait-Ideu, Awang Mashairol Rizal bin Ibrahim menambah lagi jaringan menjadikan kedudukan 3-0, dengan tendangan jarak jauhnya yang melemaskan penjaga gawang PTC FT. Kedudukan tersebut kekal hingga pengadil menamatkan perlawanan.

Awang Mashairol Rizal (jersi number 12) telah meraikan golnya bersama rakan-rakan sepasukan, yang menjadikan kedudukan 3-0 memihak kepada SP Satu Yunait-Ideu.
Awang Mashairol Rizal (jersi number 12) telah meraikan golnya bersama rakan-rakan sepasukan, yang menjadikan kedudukan 3-0 memihak kepada SP Satu Yunait-Ideu.

SP Satu Yunait-Ideu kini berada di tempat kedua dalam kedudukan semasa liga berkenaan, dua mata di belakang City Hall yang menduduki tempat pertama dengan 12 mata daripada empat perlawanan dan kedua-dua pasukan berbaki dua perlawanan.

Manakala PTC FT terpaksa akur dilangkahi oleh SP Satu Yunait-Ideu, menjadikan mereka kini berada di tempat ketiga dan hanya tinggal satu baki perlawanan saja lagi.

ARTIKEL YANG SAMA