Yuran perpindahan Schwini cecah AS$10 juta

Yuran perpindahan Schwini cecah AS$10 juta

LONDON, 11 Sept (Reuters) – Manchester United (MU) membelanjakan 6.5 juta paun (AS$10 juta) untuk mendapatkan khidmat Bastian Schweinsteiger ke Old Trafford pada musim penutup, lapor media British, dengan memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab pertama pemain midfield itu, TSV 1860 Rosenheim.

Pemenang Piala Dunia itu menyertai MU dari Bayern Munich pada Julai dengan yuran yang dilaporkan mencecah 15 juta paun tetapi kelihatannya Red Devils membayar jauh lebih kurang berbanding dengan usaha untuk menyatukan pemain berusia 31 tahun itu dengan Louis van Gaal, yang membimbing beliau ketika di Allianz Arena bermula 2009 sehingga 2011.

Rosenheim, di mana Schweinsteiger memulakan kerjayanya pada 1992, adalah kelab amatur di selatan Jerman yang bermain dalam divisyen lima wilayah Bayernliga Sud.

Kelab itu mengeluarkan kenyataan Rabu lepas dengan menyatakan berapa jumlah yang mereka terima daripada penjualan itu seperti yang termaktub dalam kontrak Schweinsteiger di Bayern.

Aksi Bastian Schweinsteiger (kanan) ketika bersaing dengan pemain lawan. – AFP
Aksi Bastian Schweinsteiger (kanan) ketika bersaing dengan pemain lawan. – AFP

“Yuran perpindahan kesemuanya mencecah sehingga 9 juta euro (AS$10 juta),” kata Rosenheim.

“Kami akan menerima bayaran dalam bentuk dua ansuran, dan selepas menolak kos perundangan, kami akan menerima 19,000 euro),” tambah kenyataan itu.

Schweinsteiger berusia 13 tahun apabila beliau berpindah dari Rosenheim ke Bayern pada 1998.

Beliau menghabiskan masa 17 tahun dengan kejohanan Bundesliga sekarang, memenangi lapan kejuaraan liga, Liga Juara-Juara pada 2013 dan Piala Dunia Kelab FIFA.

ARTIKEL YANG SAMA