Zabaleta jangka Guardiola rombak City

Zabaleta jangka Guardiola rombak City

LONDON, 8 Feb – Pemain pertahanan Manchester City, Pablo Zabaleta merasakan terdapat perubahan apabila pengurus baru, Pep Guardiola tiba ketika musim penamat tetapi berkata semua pemain focus ke atas cabaran gelaran dalam kempen sekarang.

City minggu lalu mengumumkan bahawa Guardiola, yang pada masa ini bersama juara Jerman, Bayern Munich, akan mengambil alih dari Manuel Pellegrini sebagai pengurus bermula Julai depan.

“Kami perlu berdepan dengannya. Kelab memutuskan untuk mengumumkannya sekarang selepas terlalu banyak khabar angin, kami faham mengenai perkara ini.

“Sekarang sudah tiba masanya untuk menamatkan dengan cara yang terbaik pada musim ini,” Zabaleta memberitahu media British.

“Kami berada di belakang Manuel. Dia seorang yang bagus bagi kelab bola sepak ini. Jadi dia meneruskan dengan cara yang dilakukannya sejak beberapa tahun lalu. Tiada yang berubah baginya. Dan kemudian kami akan melihat pada akhir musim dengan pengurus baru yang datang.

“Kami merasakan perubahan tetapi ia adalah biasa. Sekarang bukanlah masanya untuk bercakap mengenai masa depan kerana masih terdapat banyak masa untuk ini. Kami hanya perlu 100 peratus focus bagi perlawanan –perlawanan seterusnya.”

Berikutan kekalahan 3-1 pada Sabtu lalu kepada pencabar gelaran, Leicester City, Zabaleta mengurangkan kepentingan bahawa kelab tidak dapat menghasilkan permainan bola sepak terbaik mereka apabila ia adalah penting. – Reuters