Zagreb kejutkan Arsenal

Zagreb kejutkan Arsenal

PARIS, 17 Sept (AFP) – Dinamo Zagreb mengejutkan Arsenal yang bermain 10 dengan keputusan perlawanan 2-1 semalam untuk menang buat kali pertama dalam 16 perlawanan Liga Juara-Juara.

Gol sendiri Alex Oxlade-Chamberlain dan tandukan Junior Fernandes memberikan Dinamo tiga mata apabila penyerang Perancis Olivier Giroud diperintah keluar padang kerana dua kad kuning pada separuh masa kedua bagi Arsenal.

“Itu bukanlah cara yang kami mahu memulakan perlawanan. Kami mempunyai perlawanan yang cukup untuk bangkit semula. Kami menumpu untuk memenangi perlawanan seterusnya di tempat sendiri dan saya pasti kami boleh menumpaskan Zagreb di tempat sendiri,” kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger memberitahu BT Sport.

Giroud dilayangkan kad merah selepas mendapat kad kuning kedua semasa beraksi menentang Zagreb di Stadium Maksimir di Zagreb, Croatia semalam. – Reuters
Giroud dilayangkan kad merah selepas mendapat kad kuning kedua semasa beraksi menentang Zagreb di Stadium Maksimir di Zagreb, Croatia semalam. – Reuters

Zagreb mendahului perlawanan dari serangan pertama apabila Leonardo Sigali menyelitkan Josip Pivaric yang tendangannya diselamatkan oleh David Ospina tetapi melantun ke arah Oxlade-Chamberlain dan bola masuk ke dalam.

Apabila tendangan Giround telah pun terkena tiang gol dan telah ditayangkan kad kuning kerana menentang, dan lima minit sebelum masa rehat dia melakukan kekasaran dalam membuat cabaran dan telah ditayangkan kad kuning kedua.

 

ARTIKEL YANG SAMA