Zahir rasa kesyukuran

Zahir rasa kesyukuran

Oleh Haslen

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Jan – Kedatangan tahun 2016 membuka satu lembaran baru kepada setiap insan dengan mengadakan pelbagai acara, baik dalam bentuk kemasyarakatan, sosial dan keagamaan, dengan tujuan melahirkan rasa kesyukuran, kegembiraan dan keinsafan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Sehubungan itu, ahli-ahli Jawatankuasa Saudara Ku, Kampung Setia, baru-baru ini, telah mengungkayahkan Majlis Doa Kesyukuran dan Majlis Bertahlil yang berlangsung di kediaman salah seorang ahli persatuan tersebut, di sini.

Antara tetamu yang hadir pada majlis itu terdiri daripada para penerima anugerah tokoh-tokoh Saudara Ku, tokoh pemimpin, tokoh pembangunan belia dan tokoh intelek dan para jemputan lainnya.

Sebahagian ahli persatuan tersebut bergambar ramai bersama para penerima anugerah tokoh-tokoh Saudara Ku Kampung Setia serta para jemputan yang lain.
Sebahagian ahli persatuan tersebut bergambar ramai bersama para penerima anugerah tokoh-tokoh Saudara Ku Kampung Setia serta para jemputan yang lain.
Gambar ramai isteri-isteri ahli jawatankuasa Saudara Ku Kampung Setia yang hadir pada majlis tersebut.
Gambar ramai isteri-isteri ahli jawatankuasa Saudara Ku Kampung Setia yang hadir pada majlis tersebut.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan tahlil bagi ahli keluarga, sanak saudara dan rakan seperjuangan yang telah kembali ke rahmatullah, diselajurkan dengan doa kesyukuran yang diketuai oleh Pegawai Pelajaran, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Jafar bin Haji Ibrahim.

Majlis tersebut diadakan sebagai tanda rasa kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala setelah sempurnanya Majlis Malam Gala (Anugerah Tokoh-tokoh Kampung Setia) yang telah diadakan pada 9 Disember lalu.

Ia adalah aktiviti keempat dan kali pertama diadakan bagi tahun 2016 serta merupakan kesinambungan daripada aktiviti-aktiviti bercorak kemasyarakatan dan keagamaan yang diadakan sebelum ini termasuk Majlis Pertemuan Bersama Saudara Ku Kampung Setia, Majlis khatam Al-Quran dan Majlis Malam Gala.

ARTIKEL YANG SAMA