Zain tetap beri nasihat pada Che Ta

Zain tetap beri nasihat pada Che Ta

KUALA LUMPUR – Pelakon Zain Saidin tidak ambil peduli setiap kritikan netizen pada isterinya, aktres Rozita Che Wan jika isu yang ditimbulkan itu bersifat mengarut.

Zain, 32, bagaimanapun berkata, sebagai seorang suami dia akan tetap menegur isterinya itu jika apa dilakukan Rozita atau Che Ta, 43, sesuatu yang tidak betul.

“Dari dulu saya lebih senang berdiam setiap kali mendengar apa-apa isu membabitkan isteri saya apatah lagi yang sengaja direka-reka golongan keyboard warrior ini kerana bagi saya melayan orang-orang begini sesuatu yang sia-sia.

“Pun begitu, sekiranya ada perkara yang saya rasakan perlu ditegur, saya tetap rasional dan akan tetap tegur Che Ta tetapi bukanlah pada isu yang remeh temeh,” katanya.

Zain ditemui pada majlis sidang media kempen misi kemanusiaan Peace For Yemen, Hotel Park Royal Kuala Lumpur.

Zain tetap melakukan tanggungjawab sebagai suami untuk mengawasi tingkah laku isterinya, Che Ta.
Zain tetap melakukan tanggungjawab sebagai suami untuk mengawasi tingkah laku isterinya, Che Ta.

Kempen yang dilancarkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) Muslim Care Malaysia (MCM) ini turut mendapat kerjasama golongan artis tempatan dalam usaha menghebahkan kesengsaraan umat Islam di Yaman yang tidak didendangkan oleh kebanyakan pihak sebelum ini.

Selain Zain, turut serta dalam misi ini termasuklah Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Afdlin Shauki, Adam Corrie, Salima Habibi dan Hafiz Hamidun.

Tambahnya lagi, pengalaman sebelum ini mengajar dia agar tidak memberi respons pada setiap kritikan netizen terutama di media-media sosial yang disifatkan sengaja inginkan perhatian.

“Orang macam ni semakin kita layan, semakin rancak komen yang bukan-bukan dan sebagai manusia biasa, saya pun ada perasaan geram juga,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA