ZBV S-Class mampu periksa barang seludup

ZBV S-Class mampu periksa barang seludup

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Nov – Pegawai-pegawai kerajaan yang terdiri daripada penguat kuasa undang-undang, pagi tadi, telah dijemput bagi menghadiri taklimat pengenalan mengenai penggunaan kereta sistem pemeriksaan X-ray ZBV S-Class yang mempunyai pelbagai fungsi untuk menjaga keselamatan negara.

Taklimat anjuran Sistem Integra Sdn Bhd, selaku sebuah syarikat perkhidmatan keselamatan itu, telah disampaikan oleh wakil dari syarikat American Science and Engineering Inc. (AS&E), Singapura, Alvin Yap yang menerangkan tentang penggunaan kereta kargo ZBV S-Class dengan sistem pemeriksaan kenderaan.

Menurut Alvin Yap, kereta tersebut mampu menangkap imej barangan seludup yang disembunyikan termasuk dadah, duit, rokok, pendatang haram, senjata mahupun digunakan untuk meronda dari jarak sejauh 500 meter.

Alvin Yap ketika menjelaskan bagaimana sistem pemeriksaan X-ray ZBV S-Class mampu memeriksa kenderaan lainnya dari jarak jauh.
Alvin Yap ketika menjelaskan bagaimana sistem pemeriksaan X-ray ZBV S-Class mampu memeriksa kenderaan lainnya dari jarak jauh.

Selain itu, ejen-ejen keselamatan berkenaan juga diperkenalkan kepada produk terbaru yang lebih canggih iaitu sistem pemeriksaan X-ray d1inamakan ‘Mini Z’, yang mempunyai ukuran kecil dan fleksibel.

Menggunakan teknologi sama seperti ZBV S-Class, Mini Z sangat efektif untuk memeriksa pelbagai barangan seperti bagasi, dinding, perabot, bot kecil, pesawat, tayar kereta mahupun dalaman kereta.

Majlis taklimat yang berlangsung di Hotel Badi’ah itu turut dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif Sistem Integra Sdn Bhd, Dato Paduka Haji Mohammed Kassim bin Haji Johan dan Pengarah Urusan Sistem Integra Sdn Bhd, Lawrence Hon.

ARTIKEL YANG SAMA