Zell-V mampu gantikan sel mati

Zell-V mampu gantikan sel mati

Oleh Imelda Farrah Zohre HA & Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jun – Meningkatnya umur seseorang itu bermakna setiap sel dalam tubuh mula mati dan berkurangan yang menjadikan individu tersebut nampak berkedut dan tidak bermaya.

Oleh sebab sel yang kurang, rosak dan tidak sihat itulah juga kadang-kadang badan akan merasa lemah dan mudah sakit serta organ-organ tubuh badan mula tidak berfungsi dengan sebaiknya.

Pelakon no.1 Malaysia, Datuk Rosyam Nor berkata produk suplemen Zell-V mampu menggantikan serta menambah sel-sel dalam tubuh badan.

Beliau yang merupakan Duta jenama Zell-V, menekankan perkara ini semasa bertemu pelanggan di Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-4 Zell-V cawangan Zell-V Brunei, The Mall, di Gadong, hari ini.

Menurutnya, adalah mustahaknya warga Brunei mengetahui lebih lanjut lagi mengenai kebaikan produk yang beliau amalkan sejak lebih lima tahun itu.

Datuk Rosyam Nor menyatakan, beliau tidak pernah pergi gim untuk membentuk susuk tubuh yang tegap kerana Zell-V membuatkan beliau begitu aktif dan tahan lasak melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan.

Datuk Rosyam Nor memberikan sampel Zell-V kepada pelanggan yang hadir.
Datuk Rosyam Nor memberikan sampel Zell-V kepada pelanggan yang hadir.
Datuk Rosyam Nor bergambar ramai bersama kakitangan dan pihak pengurusan Zell-V.
Datuk Rosyam Nor bergambar ramai bersama kakitangan dan pihak pengurusan Zell-V.

Bukan sekadar paras rupa yang lebih muda, susuk tubuh yang tegap, pemakanan yang seimbang malah daya tumpuan dan fokus juga menjadikan pengamal Zell-V lebih cergas.

Sementara itu, pakar terapi sel, Dr. Simon Hooi pula menerangkan mengenai fungsi sel dalam tubuh badan.

“Jika sel berkurangan, beberapa organ tidak akan berfungsi dengan baik, misalnya hormon badan yang tidak seimbang, berkurangnya kolagen pada kulit, aliran darah tidak teratur dan sebagainya,” jelas beliau.

Katanya lagi, adalah penting bagi setiap individu itu mengetahui fungsi sel dalam badan dan seterusnya mengetahui lebih lanjut mengenai fungsi Zell-V yang membolehkan penggunanya bukan sahaja nampak lebih muda tetapi lebih bertenaga.

Sambutan hari ulang tahun Zell-V di negara ini bukan sahaja menjemput pelanggan tetap tetapi pelanggan baru untuk mencuba sendiri produk tersebut sambil beramah mesra bersama Datuk Rosyam Nor.

Pelanggan yang membeli pakej penuh produk Zell-V juga berpeluang untuk makan malam bersama Datuk Rosyam Nor, malam ini.

ARTIKEL YANG SAMA