Zenit hadapi ujian getir

Zenit hadapi ujian getir

MOSCOW, 13 Ogos – Pemimpin Rusia liga kendalian Andre Villas-Boas, Zenit St Petersburg menghadapi ujian getir pertama musim ini ketika berazam untuk mempertahankan rekod sempurna menentang FC Krasnodar Sabtu ini.

Juara bertahan itu menang kesemua empat pertemuan Liga Perdana musim ini untuk menduduki tangga teratas dengan perbezaan gol di depan naib juara musim lalu, CSKA Moscow.

Namun, Villas-Boas bimbang dengan peraturan baru yang menghalang pasukan menurunkan lebih daripada enam pemain asing pada satu-satu masa, menghalang beliau menurunkan pasukan dengan kekuatan penuh.

“Anda tahu (Menteri Sukan Rusia Vitaly) Mutko telah mengubah peraturan seminggu sebelum musim bermula, jadi sekarang pemain terbaik kadang-kadang terpaksa berhadapan dengan ini,” kata bekas pengurus Porto, Chelsea dan Tottenham Hotspur itu.

“Ia mengerikan, tetapi itulah realiti.

Saya rasa semua orang mahu menyaksikan yang terbaik di atas padang tetapi kami perlu mematuhinya. Kadang-kadang anda perlu berkorban. Tetapi malangnya itulah realiti yang mana kami perlu menyesuaikan diri.”

Jurulatih FC Krasnodar Oleg Kononov berkata, pasukannya akan lebih bersedia untuk pertembungan mereka minggu lalu apabila cemas sebelum menang dalam pertembungan tetangga dengan Kuban.

“Saya gembira apabila kami menyelamatkan keadaan dalam aksi menentang Kuban kerana kami belum cergas sepenuhnya selepas kelayakan Liga Europa,” kata Kononov, yang mana pasukannya menduduki tempat ketiga musim lalu. “Saya berharap kami akan bermain pada tahap terbaik menentang Zenit.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA