Zenit kejar Spartak

Zenit kejar Spartak

MOSCOW, 17 Okt – Zenit St Petersburg menewaskan Ural Yeketerinburg 2-0 semalam untuk menyamakan kutipan mata bersama pendahulu Liga Perdana Rusia, Spartak Moscow.

Spartak mengekalkan kedudukan teratas setelah memenangi lebih banyak perlawanan, dengan Zenit menyertai mereka dengan 22 mata selepas mengekalkan rekod tanpa kalah mereka musim ini.

Juara CSKA, yang menewaskan Ufa 1-0 pada Jumaat lalu, ketinggalan satu mata di belakang di tangga ketiga.

Zenit mendahului kedudukan pada minit ke-22 apabila pemain utama Brazil, Giuliano memberikan hantaran kepada Oleg Shatov dalam kawasan penalti dan pemain antarabangsa Rusia itu meledakkan rembatan yang menewaskan penjaga gol Nikolai Zabolotny. Pada minit ke-89, pemain penyerang Alexander Kokorin mendapatkan Artur Yusupov yang tidak dikawal dalam kawasan penalti dan mengekalkan ketenangannya untuk menjaringkan gol dari jarak 10 ela untuk menyelamatkan kemenangan pasukan Zenit.

“Kami layan mendapatkan tiga mata dalam perlawanan menentang pasukan yang bagus,” kata pengurus Zenit, Mircea Lucescu.

“Pada separuh masa pertama kami berada dalam persaingan lengkap tetapi selepas rehat kami menyerahkan beberapa peluang dan membenarkan hos untuk memberikan kami tekanan sebelum Yusupov menjaringkan gol kedua.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA