Zenit kekal rekod sempurna

Zenit kekal rekod sempurna

LYON, 5 Nov (AFP) – Jaringan Artum Dzyuba membolehkan Zenit Saint Petersburg untuk mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Lyon semalam dan mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara–Juara.

Jaringan penyerang Rusia itu pada setiap separuh masa di Stade Gerland mengekalkan laluan Zenit dalam Kumpulan H dalam persaingan yang berakhir dengan kedua-dua pasukan beraksi dengan kurang seorang pemain.

Zenit adalah pasukan ketiga layak ke peringkat kalah mati selepas Manchester City dan Real Madrid. Dengan baki dua perlawanan pusingan pertama, juara Rusia mengumpulkan 12 mata, enam mata di depan Valencia, dengan Gent empat mata dan Lyon berada di tangga tercorot selepas hanya mengutip satu mata.

Pasukan Andre Villas-Boas adalah satu-satunya pasukan daripada 16 pasukan dalam persaingan itu mencatatkan rekod sempurna selepas empat perlawanan.

Pemain Zenit, Artem Dzyuba (kanan) meraikan jaringan semasa menentang Lyon dalam aksi Kumpulan H di Stade de Gerland, Lyon, semalam. – AFP
Pemain Zenit, Artem Dzyuba (kanan) meraikan jaringan semasa menentang Lyon dalam aksi Kumpulan H di Stade de Gerland, Lyon, semalam. – AFP

Bekas bos Porto, Chelsea dan Tottenham itu mengalu-alukan kepulanagn Hulk selepas penyerang dari Brazil itu tidak beraksi dalam aksi domestik Rusia hujung minggu lalu.

Hulk menjadi nadi pergerakan yang menyaksikan Zenit mendahului pada minit ke-25, menewaskan dua pemain lawan di kanan untuk memberikan hantaran kepada Dzuyba yang menyudahkan peluang untuk menewaskan Anthony Lopes.

Lyon hampir menyamakan kedudukan sebelum rehat dengan sepakan pertahanan Mapou Yanga-Mbiwa tersasar dan ledakan kencang Henri Bedimo hanya menggegarkan tiang gol.

Champions League

ARTIKEL YANG SAMA