Zenit langkah kanan

Zenit langkah kanan

MOSCOW, 3 Ogos (AFP) – Juara bertahan Zenit St Petersburg mengekalkan permulaan sempurna musim baru Liga Perdana Rusia dengan kemenangan 3-0 di tempat sendiri ke atas Terek Grozny semalam.

Dua gol awal pemain antarabangsa Rusia Igor Smolnikov dan Oleg Shatov dan penyudah menarik lewat Danny dari Portugal melengkapkan kemenangan ketiga berturut-turut pasukan Andre Villas-Boas awal musim ini.

Pasukan yang berpangkalan di Saint Petersburg – yang telah memenangi gelaran Rusia untuk tiga daripada lima musim lalu – kini mengungguli liga dengan perbezaan gol lebih awal daripada pesaing CSKA Moscow selepas memulakan kempen dengan cemerlang.

Tuan rumah lebih awal di depan selepas tujuh minit di Stadium Petrovsky. Hulk merobek pertahanan Grozny dengan serangan balas berikutan kesilapan pemain pelawat Maciej Rybus sebelum memberikan kepada Smolnikov yang tidak dikawal di kawasan itu dan menggegarkan jaring dari jarak lima meter.

Empat minit kemudian Shatov mengambil bola sehingga ke pinggir kawasan itu – melepasi seorang demi seorang pertahanan pelawat – menunjukkan gerak kaki yang menarik dan menghasilkan penyudah cantik melepasi penjaga gol Grozny Brigitte Godzyur dari jarak 10 meter.

Pemain gantian separuh masa kedua Danny menjaringkan gol pada masa kecederaan dengan menanduk hantaran silang Shatov untuk menambah jaringan pasukan.

“Ia adalah satu permainan yang sangat, sangat bagus dengan banyak peluang untuk kami terutamanya pada babak kedua,” kata Villas-Boas.

“Saya rasauntuk menjaringkan gol ketiga pada minit terakhir tidak adil kerana kami mempunyai banyak peluang sebelum ini.

“Saya gembira baik dengan keputusan mahu pun persembahan. Dan mudah-mudahan kami akan terus seperti ini dalam kejohanan,” kata bekas jurulatih Porto, Chelsea dan Tottenham Hotspur itu.