Zenit menang di Valencia

Zenit menang di Valencia

VALENCIA, Sepanyol 17 Sept (AFP) – Dua serangan menggamamkan daripada pemain antarabangsa Brazil, Hulk membawa Zenit St Petersburg kepada kemenangan 3-2 di Valencia semalam di sebalik tentangan hebat pasukan Sepanyol.

Hulk mencipta dua gol untuk memberikan pasukan Rusia pendahuluan 2-0 pada separuh masa pertama sebelum Joao Cancelo dan Andre Gomes menyamakan kedudukan sebelum rehat.

Bagaimanapun usaha bagus pasukan tuan rumah gagal apabila Axel Witsel mencipta kemenangan beberapa detik kemudian untuk memberikan permulaan hebat bagi anak buah Andres Villas-Boas dalam Kumpulan H.

Zenit mendahului Gent dan Lyon dengan dua mata selepas pasukan Belgium meraih mata dengan sembilan pemain dalam perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 dalam satu lagi perlawanan dalam kumpulan itu.

“Ada sebuah pasukan yang menyerang dari minit pertama dan itu adalah kami,” kata pengurus Valencia Nuno Espirito Santo. Kami dominan, mewujudkan banyak peluang dan bermain dengan hati dan fikiran.

Pemain Zenit meraikan kemenangan 3-2 mereka ke atas Valencia dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah di stadium Mestalla semalam. –Reuters
Pemain Zenit meraikan kemenangan 3-2 mereka ke atas Valencia dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah di stadium Mestalla semalam. –Reuters

“Kami tidak terkejut kerana kami tahu Zenit mempunyai ciri-ciri itu, namun mereka ada tiga serangan dan menjaringkan tiga gol. Bola sepak memang seperti itu, ia klinikal dan kami tidak.”

Valencia bermula lebih mantap apabila usaha Cancelo dari jauh memperdaya Yuri Lodygin dan tersasar ke belakang tiang gol.

Bagaimanapun pasukan tuan rumah terpedaya selepas tujuh minit dengan serangan balas daripada jaguh Rusia, apabila Hulk menerima bola pada kaki kirinya dan melepaskan tendangan dari sudut jauh.

Valencia dominan sepanjang itu dengan penguasaan lebih 60 peratus dan 15 percubaan gol, tetapi tidak dapat mencari jalan dalam separuh masa pertama.

Dan tuan rumah kecewa apabila pengadil dari Scotland, Craig Thomson menolak rayuan penalti kerana Javi Garcia handball.

ARTIKEL YANG SAMA