Zenit semakin bergaya

Zenit semakin bergaya

SAINT PETERSBURG, 25 Nov (AFP) – Juara Rusia, Zenit St Petersburg melanjutkan kemenangan berturut–turut dalam aksi Liga Juara–Juara kepada lima perlawanan dengan kemenangan 2-0 ke atas Valencia semalam.

Jaringan Oleg Shatov dan Artem Dzyuba memastikan Saint Petersburg yang sudah layak bagi pusingan kalah mati, mengungguli Kumpulan H.

“Kami bermula dengan baik dengan Valencia tidak berpeluang untuk melakukan permainan biasa mereka,” kata pengurus Zenit, Andre Villas-Boas.

“Selain daripada 10 minit pada separuh masa kedua, kami mendominasi permainan sepenuhnya, mencipta banyak peluang dan saya percaya, layak untuk mencapai kemenangan itu. Inilah masa yang bagus bagi bola sepak Rusia dan Zenit layak mengungguli kumpulan kelayakan.

“Kunjungan ke Gent adalah sukar bagi kami tetapi kami mahu menang di sana untuk melakar sejarah bagi kelab kami.” Zenit, yang memenangi perlawanan pembukaan kumpulan 3-2 di Valencia, terjejas dari sepak mula, memberikan kedudukan dan mengancam menerusi serangan mengejut.

Midfield Zenit, Oleg Shatov (tengah) membolosi gawang Valencia dalam aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara di stadium PetrovskySt Petersburg semalam. – AFP
Midfield Zenit, Oleg Shatov (tengah) membolosi gawang Valencia dalam aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara di stadium PetrovskySt Petersburg semalam. – AFP

Pada minit ke-15, Dzyuba menerima hantaran Hulk dari sudut kiri dan membantu melorongkan bola tepat kepada Shatov, yang terselamat daripada perangkap ofsaid sebelum melepaskan rembatan dari jarak dekat.

Valencia, yang menyelamatkan pusingan 16 terakhir dengan kemenangan, terus memburu jaringan penyamaan. Bagaimanapun, hantaran pasukan pelawat kurang tajam dalam mendapatkan penyerang Paco Alcacer apabila bola terlalu tinggi.

Selepas rehat, Zenit yang diberikan semangat oleh 21,000 penonton terus meningkatkan permainan yang menjejaskan Valencia.

Pertahanan Argentina, Ezequiel Garay terlepas peluang terbuka untuk menambah pendahuluan Zenit pada minit ke-58 apabila tandukannya tersasar beberapa inci hasil sepakan sudut Hulk.

ARTIKEL YANG SAMA