Zheng bangkit tewaskan Maria di WTA Standford

Zheng bangkit tewaskan Maria di WTA Standford

SAN FRANCSICO, 19 Julai – Zheng Saisai dari China bangkit dari kekalahan pada pertandingan Jelajah WTA Stanford semalam dengan menewaskan Maria Mateas 7-5, 6-1 pada pertandingan pusingan pertama.

Zheng memenangi gelaran bergu di Stanfrod pada tahun lepas, menyertai pesaing Xu Yifan untuk menewaskan Anabel Medina Garrigues dan Arantxa Parra Santonja 6-1, 6-3.

Zheng mara ke pusingan kedua di mana dia akan menghadapi pilihan ketujuh, Alize Cornet yang menewaskan pemain bukan pilihan dari AS, Jennifer Braday 3-6, 6-4, 6-4.

Zheng, 22, mencatatkan tiga kemenangan bergu dalam WTA tetapi memburu kejayaan perseorangan pertamanya.

Dia berada di rangking ke-74 dunia dalam perseorangan dan ke-19 dalam bergu.

Aksi Zheng ketika menentang Maria dari Amerika Syarikat pada hari pertama Bank of Classic Barat di Stadium Tenis Keluarga Taube Universiti Stanford semalam. – AFP
Aksi Zheng ketika menentang Maria dari Amerika Syarikat pada hari pertama Bank of Classic Barat di Stadium Tenis Keluarga Taube Universiti Stanford semalam. – AFP

Zheng mencatatkan tiga aces dan memenangi 67 peratus dari mata servis pertamanya dalam pertandingan selama 85 minit di atas gelanggang permukaan keras di Universiti Stanford.

Mateas dari AS mencatatkan tujuh double faults dan bergelut dengan servisnya, memenangi hanya tiga mata pada servis keduanya.

Cornet dari Perancis bergelut dari ketinggalan set pertama untuk menyingkirkan Brady dalam persaingan selama dua jam dan 44 minit.

Dia berkata dia biasanya beraksi dalam pertandingan WTA Washington pada ketika ini tetapi memutuskan untuk membuat perubahan.

“Saya selalu mahu untuk datang ke sini, Stanford, tetapi saya selalu berakhir di Washington, mungkin kerana ia lebih hampir,” kata Cornet.

“Tetapi kali ini, saya tidak kesal kerana saya suka dengan tempat ini. Ia luar biasa, dan banyak juara telah memenangi pertandingan ini, jadi saya harap untuk pergi sejauh yang mungkin.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA