Zhiyuan beri suntikan RM1.8 bilion

Zhiyuan beri suntikan RM1.8 bilion

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Tianjin Zhiyuan Group Ltd dari China akan memberi suntikan kewangan RM1.8 bilion ke dalam Perwaja Holdings Bhd sebagai langkah menyusun dan menggiatkan semula profil kewangan kumpulan itu dari segi kadar hutang dan nisbah kunci kira-kira penting yang lain.

Pengarah dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Kinsteel Bhd Datuk Alan Ong berkata langkah korporat itu akan bermula pada September dan selesai pada Jun 2016.

Kumpulan itu dijangka pulih pada Mac 2017 apabila langkah korporat itu selesai dilaksanakan, kata Ong kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian rangka kerja induk (MFA) dengan unit Zhiyuan, Zhiyuan International Investment and Holding Group (Hong Kong) Co Ltd, di sini hari ini.

MFA itu akan menggantikan memorandum perjanjian pertama dan kedua, perjanjian pajakan yang telah ditandatangan beberapa bulan lepas, serta, membentuk hasrat dan persefahaman pihak-pihak berkenaan berkaitan langkah menyusun dan menggiatkan semula Perwaja Group. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA