Ziarah pusara ingati mereka yang telah pergi

Ziarah pusara ingati mereka yang telah pergi

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Menziarahi tanah perkuburan dalam bulan Ramadan sudah menjadi kelaziman bagi umat Islam di negara ini untuk mengingati ahli-ahli keluarga yang telah kembali ke rahmatullah.

Tinjauan Media Permata di tanah perkuburan di ibu negara, hari ini, menyaksikan ramai orang datang dari pagi lagi untuk menziarahi sanak-saudara yang telah meninggal dunia dengan menadahkan tangan membaca doa semoga roh mereka mendapat rahmat di sisi Allah SWT.

Di pintu masuk tanah perkuburan pula kelihatan air asah-asahan, yang telah mula dijual kepada pengunjung sejak awal Ramadan lagi untuk dicurahkan di atas pusara yang diziarahi.

Jualan air asah-asahan itu bukan sahaja memudahkan orang ramai, tetapi juga dijadikan sebagai sumber pendapatan bagi sesetengah orang dengan menjualnya $1 sebotol.

Air asah-asahan yang dijual menuju ke pintu masuk bagi memudahkan pengunjung yang menziarahi pusara ahli keluarga mereka.
Air asah-asahan yang dijual menuju ke pintu masuk bagi memudahkan pengunjung yang menziarahi pusara ahli keluarga mereka.
Antara keluarga dan sanak saudara membaca Surah Yasin dan tahlil.
Antara keluarga dan sanak saudara membaca Surah Yasin dan tahlil.

Menariknya, ada meja jualan yang ditinggalkan tanpa penjaga dengan hanya menyediakan tabung untuk pembeli memasukkan wang.

Salah seorang peniaga air asah-asahan ketika ditemui menyatakan sejak awal Ramadan dia memperoleh pendapatan yang baik untuk dijadikan perbelanjaan membeli persiapan menyambut hari raya nanti.

ARTIKEL YANG SAMA