ZICO Capital tawar kepakaran kepada perniagaan ASEAN

ZICO Capital tawar kepakaran kepada perniagaan ASEAN

SINGAPURA, 8 Sept – Kepakaran ZICO Capital Pte Ltd boleh dimanfaatkan oleh perniagaan di ASEAN yang mahu mencapai pertumbuhan di samping pengumpulan dana di luar Singapura, kata Ketua Pegawai Eksekutif firma itu, Alex Tan.

ZICO Capital, unit ZICO Holdings Inc yang baru ditubuhkan, diberi lesen perkhidmatan pasaran modal oleh Pihak Berkuasa Monetari Singapura pada Julai 2016. Ia diluluskan sebagai pengurus terbitan bertauliah dan ditaja sepenuhnya oleh Singapore Exchange Securities Trading Ltd pada Ogos 2016.

ZICO Capital menyediakan rangkaian penasihat kewangan serta perkhidmatan pengurusan untuk syarikat persendirian dan senarai awam yang luas.

Ia termasuk pengurusan aktiviti pengumpulan dana ekuiti (seperti tawaran awam awal dan pengumpulan dana sekunder) serta menawarkan nasihat mengenai penggabungan dan pembelian, pengambilalihan am, pengambilalihan berbalik, penswastaan, penyahsenaraian dan langkah korporat lain. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA