Zidane ambil alih Real Madrid

Zidane ambil alih Real Madrid

MADRID, 5 Jan (Agensi) – Zinedine Zidane yang dilantik menggantikan Rafa Benitez yang dipecat malam tadi selepas hanya tujuh bulan mengendalikan Real Madrid, menegaskan akan meletakkan sepenuh hati terhadap kelab gergasi Sepanyol itu.

“Kami perlu melakukan yang terbaik supaya pasukan boleh menang sesuatu,” kata Zidane. “Saya akan meletakkan sepenuh hati terhadap Real Madrid,” katanya sejurus pelantikan itu.

Zidane, yang menjadi pembantu Carlo Ancelotti pada 2014 apabila Real Madrid menjuarai Liga Juara-Juara Eropah dan menjadi jurulatih Madrid “B” dalam divisyen tiga juga mengakui lebih beremosi kali ini dengan pelantikannya itu.

“Saya lebih beremosi ketika ini berbanding ketika saya menandatangani perjanjian selaku pemain,” kata Zidane, yang menamatkan karier di Madrid pada 2006 dan berada di Bernabeu bersama isteri dan empat anaknya.

Real sudah menang tujuh daripada sembilan perlawanan sejak kekalahan kepada Barcelona tetapi penyokong terus mahukan pemecatan Benitez dengan skuad Liverpool bimbingannya menjuarai Liga Juara-Juara pada 2005. Presiden kelab, Florentino Perez mengumumkan keputusan itu di Stadium Santiago Bernabeu malam tadi, sehari selepas Real seri 2-2 di Valencia yang memburukkan lagi krisis yang bermula dengan kekalahan memalukan 4-0 di laman sendiri kepada pencabar utama Barcelona pada November.

Real kini ketiga dalam Liga Sepanyol, empat mata di belakang pendahulu Atletico Madrid dan dua mata di belakang Barcelona, yang masih ada satu perlawanan dalam tangan.

Zinedine Zidane