Zidane jamin kedudukan Bale

Zidane jamin kedudukan Bale

MADRID, 6 Jan (AFP) – Masa depan Gareth Bale di Real Madrid terjamin selepas jurulatih baharu kelab, Zinedine Zidane memuji pemain sayap dari Wales itu. Bale menyertai Real dua setengah tahun lalu dengan rekod perpindahan tertinggi dunia namun terpaksa bergelut di ibu negara Sepanyol itu.

Meskipun masih mendapat perhatian daripada Manchester United, prestasi pemain berumur 26 tahun itu semakin meningkat di bawah bimbingan Rafael Benitez.

Zidane sebaliknya bertindak pantas memberi jaminan kedudukan pemain berkenaan tidak akan terjejas dengan pemecatan bekas pengurus Chelsea dan Liverpool itu.

“Saya faham dia mungkin terkilan dengan pemergian Benitez tapi saya akan tunjukkan kepada dia layanan sama dia peroleh daripada Rafa,” kata Zidane dalam sidang media pertama sebagai jurulatih Real, sehari selepas dilantik oleh Presiden kelab, Florentino Perez.

“Dia adalah pemain penting buat pasukan,” kata Zidane.

Masa depan Bale di Real Madrid tetap terjamin di bawah pengurusan Zidane. – Reuters
Masa depan Bale di Real Madrid tetap terjamin di bawah pengurusan Zidane. – Reuters

Sementara itu, Zidane, bekas bintang Real yang mencipta gol kemenangan mengagumkan ketika menentang Bayer Leverkusen untuk menjulang Liga Juara-Juara Eropah pada 2002, enggan dirinya dibandingkan dengan Pep Guardiola selaku bekas jurulatih Barcelona.

“Guardiola adalah Guardiola. Dia adalah jurulatih mengagumkan tapi saya tidak mahu membandingkan saya dengan beliau,” kata bekas pemain antarabangsa Perancis berusia 43 tahun itu.

“Anda tidak boleh melakukan perkara yang sama sebagai jurulatih, saya perlu melakukan cara Zidane.”

ARTIKEL YANG SAMA