Zidane mula bimbang prestasi Real

Zidane mula bimbang prestasi Real

MADRID, 14 Mac (AFP) – Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane (gambar) mengakui beliau bimbang terhadap prestasi pasukannya yang terpaksa berhempas pulas menewaskan Las Palmas 2-1, semalam hasil jaringan Casemiro dalam masa kecederaan.

Pasukan Zidane dibayangi pasukan Las Palmas dalam kunjungan pertama mereka ke Canary Island dalam tempoh 15 tahun, tetapi tuan rumah menerima akibatnya hasil kelemahan taktikal apabila Sergio Ramos dan Casemiro kedua-duanya menjaringkan gol daripada sepakan sudut.

“Saya selalu gembira dengan keputusan, tetapi sedikit bimbang dengan apa yang saya saksikan pada babak kedua,” kata Zidane.

Kejayaan itu merapatkan jurang dengan pendahulu La Liga, Barcelona kepada 12 mata tetapi dengan hanya berbaki sembilan perlawanan, Madrid kekal yakin harapan untuk mendapatkan trofi pada musim ini adalah Liga Juara-Juara.

Football Soccer - Las Palmas v Real Madrid - Spanish Liga BBVA

Juara Eropah 10 kali itu melangkah ke suku akhir dengan persembahan kurang meyakinkan yang sama untuk menewaskan Roma pada pertengahan minggu lalu tetapi Zidane menegaskan tahap pasukannya perlu ditingkatkan dengan mendadak jika mereka mahu meneruskan saingan di Liga Juara-Juara.

“Kami tidak berfikir mengenai Liga Juara-Juara. Pemain yang memikirkan mengenai apa yang perlu dilakukan dalam permainan hari ini tetapi hakikatnya kami terlalu banyak melepaskan bola.

“Jika kami bercita-cita mahu mendapatkan sesuatu di masa depan, kami perlu bermain lebih bagus. Ia sudah jelas kerana bermain sebegini tidak akan membantu kami ke mana-mana,” katanya.

Percubaan Madrid sering kali dinafikan oleh penjaga gol, Keylor Navas, tetapi Willian Jose menceriakan pasukan Las Palmas apabila dia berjaya mengikat kedudukan seri selepas gol pendahulu Ramos pada tiga minit sebelum tamat perlawanan.

ARTIKEL YANG SAMA