Zidane puji komitmen skuad

Zidane puji komitmen skuad

MADRID, 3 Mac (AFP) – Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane memuji usaha skuad kendaliannya selepas empat pemain mengalami kekejangan di hujung perlawanan ketika menewaskan Levante 3-1, semalam.

Zidane terpaksa melakukan empat perubahan dalam aksi itu selepas dibelenggu dengan masalah kecederaan dan penggantungan yang menyaksikan mereka tewas 1-0 di laman sendiri kepada Atletico Madrid, Sabtu lalu sekali

gus secara realistik memadamkan harapan Real merangkul gelaran La Liga.

Bagaimanapun, ia membolehkan Borja Mayoral yang berumur 18 tahun tampil buat kali pertama dalam saingan La Liga serta pemain muda seperti Lucas Vazquez dan Casemiro.

Zidane memerhatikan pasukannya semasa menentang Levante di stadium Ciudad de Valencia, kelmarin. – Reuters
Zidane memerhatikan pasukannya semasa menentang Levante di stadium Ciudad de Valencia, kelmarin. – Reuters

Semua tiga pemain itu bagaimanapun mengalami kekejangan manakala Toni Kroos dilihat kepenatan di hujung perlawanan, namun Zidane memuji barisannya selepas mempersoalkan kekuatan mental dan sikap mereka selepas kekalahan kepada Atletico.

“Ini yang sepatutnya kami perlu lakukan. Kami semua perlu berlari dan memberi komitmen,” kata Zidane.

“Saya jangka empat atau lima pemain yang tidak kerap bermain akan penat.

“Itu perkara biasa tetapi saya gembira dengan persembahan keseluruhan pasukan. Apabila anda tidak banyak bermain, ia adalah sukar tetapi ia tidak dipamerkan hari ini.”

ARTIKEL YANG SAMA