Zika: Atlet India digesa hindari gigitan nyamuk

Zika: Atlet India digesa hindari gigitan nyamuk

NEW DELHI, 29 Jun (AFP) – Atlet-atlet India yang akan menyertai sukan Olimpik telah diberi amaran sepanjang masa di Rio untuk mengurangkan sebaik mungkin peluang gigitan nyamuk yang dikhuatiri membawa virus Zika, menurut seorang pegawai hari ini.

Brazil telah menjadi pusat penularan wabak bawaan nyamuk tersebut, yang telah dikaitkan dengan kecacatan kelahiran pada anak damit yang berpunca daripada ibu-ibu yang dijangkiti virus tersebut.

Pemain golf nombor satu dunia Jason Day dan beberapa pemain lain telah menarik diri daripada Sukan tersebut yang akan bermula Ogos ini disebabkan kebimbangan terhadap virus berkenaan.

“India mempunyai lebih daripada 100 atlet, skuad Olimpik terbesarnya setakat ini, telah tidak melahirkan kebimbangan mengenai virus berkenaan,” kata ketua kontinjen Pertubuhan Olimpik India, Rakesh Gupta.

Namun mereka telah dinasihati untuk memakai baju lengan panjang dan seluar panjang sebanyak yang boleh dan menggunakan penghalau serangga, Gupta memberitahu para pemberita.

Salah seorang atlet India yang bakal bertanding di sukan Olimpik Rio 2016. – AP
Salah seorang atlet India yang bakal bertanding di sukan Olimpik Rio 2016. – AP

“Terdapat baju T lengan panjang dalam kit yang disediakan kepada para pemain, yang akan dinasihati untuk memakai pakaian menutup badan ketika mereka di sana,” katanya.

“Terdapat nasihat telah diberikan oleh Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) di mana mereka telah menyatakan bahawa kami perlu menggunakan penghalau serangga dengan kandungan tertentu.

Ancaman virus berkenaan telah dipetik sebagai penyebab penarikan diri beberapa pemain golf, di mana sukan itu kembali ke persada Olimpik buat pertama kali sejak 1904.

Namun jawatankuasa kecemasan Pertubuhan Kesihatan Dunia telah mengenai wabak itu berkata bahawa terdapat “risiko yang sangat rendah” bagi penularan virus Zika tersebut pada Sukan Olimpik di Brazil.

ARTIKEL YANG SAMA