Zika diisytiharkan darurat

Zika diisytiharkan darurat

LONDON, 2 Feb – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengisytiharkan bahawa peningkatan dalam kecacatan serius ketika lahir di Amerika Selatan ‘sangat dijangkakan’ berpunca daripada virus Zika dan membentuk kecemasan kesihatan antarabangsa.

“Kita perlu bertindak,” ketua WHO Margaret Chan memberitahu para pemberita di Geneva.

Badan kesihatan dunia itu mengatakan peningkatan dalam kes-kes mikrosefali, keadaan memusnahkan yang mana anak damit lahir dengan kepala dan otak kecil yang abnormal mungkin berpunca daripada virus Zika bawaan nyamuk dan mengisytiharkan situasi itu ‘kecemasan dan kebimbangan antarabangsa kesihatan.”

Chan berkata pertemuan pakar-pakar kesihatan sejagat yang merupakan jawatankuasa kecemasan agensi itu telah menyetujui “hubungan bersebab antara jangkitan Zika ketika kehamilan dan mikrosefali sangat dijangkakan, meskipun tidak terbukti daripada segi saintifik.”

“Semua bersetuju dengan keperluan segera untuk menyelaraskan usaha antarabangsa untuk menyiasat dan memahami hubungan ini dengan lebih baik lagi,” katanya.

Seorang pekerja menyembur asap di kawasan yang disyaki terjejas dengan virus Zika yang berasal dari bawaan nyamuk. – AFP
Seorang pekerja menyembur asap di kawasan yang disyaki terjejas dengan virus Zika yang berasal dari bawaan nyamuk. – AFP

“Pakar-pakar juga menimbangkan corak penyebaran baru-baru ini dan pengedaran geografi meluas spesies nyamuk yang boleh merebakkan virus itu, ketiadaan vaksin dan ujian diagnostik pantas dan boleh dipercayai dan ketiadaan imuniti penduduk di negara-negara yang baru terjejas seterusnya menimbulkan kebimbangan,” kata Chan.

“Kelompok mikrosefali dan komplikasi neurologi lain merupakan peristiwa luar biasa dan ancaman kesihatan awam ke bahagian-bahagian lain di dunia,” katanya.

WHO yang minggu lalu memberi amaran bahawa virus bawaan nyamuk ‘merebak mudah meledak” di negeri-negeri Amerika dan berkata rantau mungkin akan menyaksikan empat juta kes Zika tahun ini sahaja.

WHO yang tertekan supaya bertindak cepat dalam usaha memerangi Zika, selepas mengakui ia lambat memberi respons kepada letusan Ebola baru-baru ini yang menjejaskan beberapa bahagian Afrika barat. – AFP