Zika: Kemboja gesa penduduk waspada

Zika: Kemboja gesa penduduk waspada

PHNOM PENH, 2 Sept – Rakyat Kemboja perlu lebih berhati-hati terhadap penularan virus Zika, walaupun negara itu belum pernah mencatatkan mana-mana kes virus tersebut setakat ini, Kementerian Kesihatan berkata dalam satu kenyataan pada hari ini.

Gejala Zika, yang disebarkan melalui nyamuk Aedes Egypty biasanya akan mengalami sindrom seperti demam, sakit kepala, ruam, mata merah, dan sakit sendi, kata kenyataan itu, sambil menambah bahawa kebanyakan pesakit sembuh dalam masa dua hingga tujuh hari, kerana kadar kematian adalah sangat rendah.

Walau bagaimanapun, jika virus berkenaan menular kepada wanita hamil, ia boleh membawa kepada kematian anak damit dalam rahim, atau kepala bayi menjadi kecil di luar kebiasaan, katanya. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA