Zika: Penerbangan besar AS atur semula pekerja

Zika: Penerbangan besar AS atur semula pekerja

AMERIKA SYARIKAT(AS), 4 Feb – Syarikat penerbangan terkemuka AS, United dan Delta telah menawarkan untuk menugaskan semula kru penerbangan yang bimbang tentang dijangkiti virus Zika dari laluan ke Amerika Latin dan Caribbean, syarikat-syarikat itu memberitahu Reuters semalam.

Dasar-dasar yang tidak dilaporkan sebelumnya menunjukkan bagaimana virus bawaan nyamuk yang berkaitan dengan beribu-ribu kecacatan ketika lahir di Brazil, menghantui sebagai isu, bukan saja bagi para penumpang penerbangan tetapi juga kru penerbangan dan juruterbang juga.

Dalam memo dalaman pada 28 Januari yang diperoleh Reuters, United mengatakan kru penerbangan yang hamil dan juga mereka yang bakal hamil boleh menukar laluan untuk mengelak rantau-rantau yang terjejas oleh Zika tanpa akibat. Syarikat penerbangan itu mempunyai pilihan serupa untuk juruterbang, menurut Charles Hobart, jurucakap bagi syarikat induk United Continental Holdings Inc.

Delta Air Lines Inc juga membenarkan kru penerbangan dan juruterbang menukar tugasan sejak 17 Januari, dan ‘bilangan kecil anggota kru telah menukar laluan hingga kini,” jurucakap Morgan Durrant memberitahu Reuters.

“Kami ada kebimbangan segera tentang kesihatan anggota kami,” kata Sara Nelson, presiden antarabangsa Pertubuhan Kru Penerbangan CWA, apabila diminta mengulas tentang memo United itu. – Reuters