Zika punca kecacatan kelahiran – Pusat Kesihatan AS

Zika punca kecacatan kelahiran – Pusat Kesihatan AS

MIAMI,14 April  (AFP) – Virus bawaan nyamuk Zika mengakibat kecacatan kelahiran, temasuk satu sindrom di mana anak damit dilahirkan dengan kepala yang amat kecil, pihak berkuasa kesihatan AS mengesahkan semalam selepas perdebatan dan ketidakpastian berbulan-bulan lamanya.

“Ahli sains di Pusat Kawalan dan pencegahan Penyakit telah menyimpulkan, selepas kajian teliti ke atas bukti yang ada, virus Zika adalah punca microcephaly dan kecacatan otak yang teruk,” kata satu kenyataan daripada agensi persekutuan.

Keputusan itu adalah berdasarkan sebahagiannya pada beberapa siri kajian di Brazil, di mana beribu-ribu anak damit dilahirkan pada tahun lalu dengan kecacatan kelahiran, kebetulan dengan pertambahan dalam jangkitan virus Zika di kalangan orang awam.

“Kajian ini menandakan titik perubahan dalam wabak Zika,” kata ketua CDC Tom Frieden. “Kini sudah jelas virus tersebut menyebabkan microcephaly.” Tidak adanya ‘bukti’ yang menawarkan bukti kukuh, kata laporan penuh, disiarkan dalam Jurnal Perubatan New England.

Sebaliknya keputusan dibuat berdasarkan “bukti yang meningkat daripada sejumlah kajian yang disiarkan baru-baru ini dan penilaian teliti menggunakan kriteria saintifik,” kata CDC.

Gambar fail bertarikh 12 Februari 2016 menunjukkan Lara, anak damit berumur kurang dari 3 bulan dan dilahirkan dengan microcephaly, telah diperiksa oleh seorang pakar neurologi di hospital Pedro 1 di Campina Grande, negeri Paraiba, Brazil. – AFP
Gambar fail bertarikh 12 Februari 2016 menunjukkan Lara, anak damit berumur kurang dari 3 bulan dan dilahirkan dengan microcephaly, telah diperiksa oleh seorang pakar neurologi di hospital Pedro 1 di Campina Grande, negeri Paraiba, Brazil. – AFP

Kajian lanjut sedang dilancarkan untuk “menentukan sama ada kanak-kanak yang dijangkiti microcephaly dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti virus Zika merupakan sebahagian daripada kesan teruk ke atas otak dan masalah perkembangan lain,” tambah Frieden.

Virus Zika pertama dikenalpasti pada 1947 di Uganda, tetapi virus itu tidak difahami dengan baik dan gejala pada lazimnya adalah tidak serius, termasuk ruam, sakit sendi dan demam. Kebanyakan mereka yang dijangkiti tidak melaporkan sebarang gejala.

Zika pertama dikenalpasti di Brazil pada awal 2015, dan pertambahan dalam anak damit yang dilahirkan dengan microcephaly bermula sembilan bulan kemudian, pada September. Brazil telah mengesahkan 907 kes microcephaly dan 198 anak damit dengan kecacatan kelahiran yang telah meninggal dunia sejak wabak virus Zika bermula, kata pegawai di sana pada bulan lalu.