Zika sah berjangkit melalui pemindahan darah

Zika sah berjangkit melalui pemindahan darah

BRASILIA, 5 Feb – Pihak berkuasa kesihatan Brazil kelmarin mengesahkan kes jangkitan Zika melalui pemindahan darah daripada seorang penderma yang telah dijangkiti dengan virus yang merebak menerusi gigitan nyamuk yang sekarang ini sedang merebak secara meluas di negara-negara Amerika.

Jabatan kesihatan Campinas, sebuah industri berdekatan Sao Paulo, berkata seorang lelaki yang mengalami kecederaan tembakan dijangkiti Zika selepas beberapa pemindahan darah dilakukan pada April 2015. Pegawai berkata mereka percaya salah seorang yang mendermakan darah yang digunakan untuk pemindahan darah itu dijangkiti Zika.

Zika selalunya hanya berjangkit melalui gigitan nyamuk, jadi jangkitan melalui pemindahan darah menambah lagi kebimbangan untuk mengawal wabak itu. Beberapa negara telah mengetatkan prosedur-prosedur bagi pendermaan darah, untuk melindungi bekalan-bekalan darah.

Sebanyak 30 negara telah dilaporkan mengalami jangkitan virus Zika sejak ia pertama muncul di Brazil tahun lepas.

Kebimbangan terhadap virus itu semakin memuncak pada ketika Brazil membuat persiapan untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada Ogos lebih-lebih lagi dengan kehadiran berpuluh ribu atlet dan pelancong.

Saintis membuat kajian mencari vaksin untuk mengubati virus Zika. – Reuters
Saintis membuat kajian mencari vaksin untuk mengubati virus Zika. – Reuters

Setakat ini, tiada vaksin atau rawatan untuk menyembuhkan Zika, yang mengakibatkan penularan virus berkenaan di sekurang-kurangnya 26 negara di benua Amerika.

Penyelidik Brazil berharap untuk membangunkan rawatan akan diuji terhadap manusia pada tahun ini.

Sementara itu, Pengarah Pusat Darah Universiti Campinas, Dr. Marcelo Addas Carvalho berkata, ujian genetik mengesahkan seorang lelaki menerima darah daripada seorang pesakit yang dijangkiti pada Mac 2015 disah dijangkiti walaupun dia tidak menunjukkan sebarang simptom. – Reuters