Zika tidak halang Brazil berpesta

Zika tidak halang Brazil berpesta

RIO DE JENEIRO, 8 Feb – Wabak yang paling menakutkan dalam sejarah baru-baru ini tidak menghalang bagi warga-warga Brazil untuk mengadakan karnival tahunan mereka, dengan jutaan berada di jalan-jalan dan beberapa lagi memperolokkan nyamuk yang menyebarkan Zika dan virus-virus lain.

Karnival besar itu bergerak ke hari keduanya kelmarin, walaupun para pegawai kesihatan Brazil meneruskan untuk bergelut dengan wabak yang telah menjangkiti sebanyak 1.5 juta orang dan boleh dikaitkan ketidakstabilan 4,000 anak damit dan anak yang belum lahir

“Ini satu lagi perkara yang perlu dirisaukan,” kata Juliana Araujo, seorang guru sekolah berusia 48 tahun di parti jalanan di Rio de Jeneiro, di mana masalah-masalah lain, seperti kemelesetan ekonomi dan prosiding pemecatan terhadap presiden Brazil, seolah-olah kebimbangan yang jauh.

Berita terbaru yang menjejaki virus tersebut telah dikenal pasti dalam darah, air liur dan cecair lain dalam badan pesakit yang diketahui telah dijangkiti Zika tidak akan mengurangkan perayaan yang terkenal dengan berkongsi aktiviti seks kasual, ramalnya: “Orang ramai tidak akan berhenti untuk berhibur dan bersuka ria.”

Lebih sejuta orang berada di jalanan seperti Rio, tuan rumah kepada sambutan Karnival negara itu, dan di timur laut ibu negeri Salvador dan Recife, dua bandar yang terjejas teruk dengan wabak itu.

Suasana ketika karnival tersebut dijalankan. - AFP
Suasana ketika karnival tersebut dijalankan. – AFP

Bersama-sama berpakaian berlawanan jantina, adiwira dan kostum-kostum aneh yang dipakai oleh orang sering berparti, beberapa lagi berpakaian dengan tema berkaitan dengan wabak itu. Di luar bar jus di Rio, tiga orang lelaki berpakaian seperti nyamuk bergaul dengan para pengunjung, nama-nama penyakit yang lahir daripada bawaan nyamuk ditulis pada baju mereka: “Zika,” “denggi” dan “chikunguya.”

Karnival tersebut akan secara rasmi berakhir Rabu ini.

Bagi beberapa orang, pesta tersebut sebagai satu kelegaan di tengah-tengah seringnya tajuk utama mengenai Zika yang tidak henti-henti. Selepas timbul di Brazil tahun lepas, virus tersebut kini telah merebak kepada sekurang-kurangnya 30 negara, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Minggu lepas, saintis berkata mereka akan menyiasat satu laporan di mana seorang warga Amerika di Texas telah dijangkiti Zika melalui hubungan seksual. Pada Jumaat, para penyelidik Brazil berkata mereka telah menjumpai material genetik dari virus Zika dalam air liur dan air kencing daripada dua pesakit. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA