Zimmerman wira Dallas

Zimmerman wira Dallas

LOS ANGELES, 2 Okt – Tandukan pada separuh masa pertama menerusi Walker Zimmerman sudah cukup untuk memberikan kemenangan 1-0 kepada FC Dallas semalam ke atas Los Angeles Galaxy, yang menyaksikan muncul dalam playoff Major League Soccer.

Zimmerman menjaringkan satu–satunya gol tersebut pada minit ke-39, yang menyudahkan sepakan sudut Mauro Diaz.

Kemenangan di laman sendiri di Frisco, Tecas, meletakkan Dallas lima mata didepan Colorado Rapirds, New York Red Bulls dan New York City FC dalam perebutan bagi MLS Supporters Shield, yang dianugerahkan kepada pasukan dengan rekod terbaik musim ini.

Peluang terbaik Galaxy bagi menjaringkan gol tiba pada minit ke-19, apabila Giovani dos Santos, Robbie Keane dan Steven Gerrard bergabung untuk memecahkan kebuntuan, dengan Gerrard berada dalam kawasan penalti.

Penjaga gol Dallas, Chris Seitz keluar dari garisan untuk menutup sudut, tetapi sepakan Gerrard tersasar. Ia adalah kali pertama dalam enam perlawanan Galaxy gagal menjaringkan gol, dan buat kali pertama musim ini mereka mengalami kekalahan berturut–turut.

Tetapi Los Angeles menyelamatkan kemunculan playoff mereka dalam Piala MLS bagi lapan musim berturut–turut apabila Rapids menewaskan Portland Timbers 1-0.

Sebastian Le Toux menjaringkan gol pada minit ke-63 bagi Rapids, yang menempah tempat ke playoff sejak 2013.

Dalam aksi Eastern Conference, Dax McCarty menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-66, menyelamatkan kemenangan New York Red Bulls 3-2 ke atas Philadelphia Union.

McCarty memainkan peranan dalam dua gol lain ketika Red Bulls berada dalam persaingan bersama New York City FC di kedudukan teratas East. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA