Zirafah mati akibat ‘kerisauan’

Zirafah mati akibat ‘kerisauan’

TAIPEI, 11 Ogos – Seekor zirafah jantan berusia tujuh tahun mati akibat kebimbangan selepas dikurung dan dimuatkan ke dalam sebuah trak di zoo Taiwan, kematian haiwan terbaru yang mencetuskan gesaan marah bagi undang-undang perlindungan lebih ketat.

Zirafah itu – yang dinamakan Hsiao Chiu – dijangka akan dihantar dari perbandaran zoo Taipei ke sebuah zoo persendirian untuk dipasangkan apabila ia mula gelisah dan kemudian tumbang, kata para pegawai hari ini.

“Zoo itu kehilangan Hsiao Chiu dalam satu kemalangan menyedihkan,” kata Zoo Taipei dalam satu kenyataan, menambah bahawa lawatan itu sudah ditangguhkan sejak Jun oleh itu haiwan sensitif itu boleh menjadi biasa dengan proses itu.

Haiwan itu mati sebelum trak itu meninggalkan zoo persendirian di bandar Hsinchu, kira-kira 70km dari Taipei.

Satu autopsi menunjukkan zirafah itu mengalami pneumonia dan kerisauan daripada pengangkutan itu, yang mencetuskan kesukaran bernafas dan kerosakan otot.

Zirafah itu mati akibat kegagalan jantung dan paru-paru.

Penyokong hak asasi haiwan mengkritik zoo itu sambil berikrar untuk meneruskan tekanan bagi undang-undang lebih ketat untuk melindungi haiwan dalam kurungan.

“Kecuaian seumpama ini telah membawa kepada kematian haiwan yang seharusnya perlu dicegah – namun ia terus saja berlaku,” kata Chen Yu-min, pengarah Alam Sekitar dan Kemasyarakatan Haiwan Taiwan.

Kematian zirafah itu telah menjadi berita muka depan dalam beberapa akhbar tempatan, yang juga mengkritik zoo berkenaan kerana gagal untuk mengesan penyakitnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA