Zlatan mungkin lanjutkan kontrak bersama United

Zlatan mungkin lanjutkan kontrak bersama United

LONDON, 12 Sept – Manchester United bersedia untuk memberikan Zlatan Ibrahimovic kontrak baru selepas bintang Sweden itu memecahkan beberapa rekod kecergasan di Old Trafford.

Zlatan Ibrahimovic memberikan kesan dalam beberapa minggu pertama di Old Trafford dengan sumber kelab berkenaan menganggap ia memberi pilihan kepada lanjutan kontrak tahun keduanya.

Mereka juga tertanya-tanya sama ada penyerang yang akan mencecah umur 35 tahun bulan depan itu akan keluar pada 2018. Ibrahimovic memberi kesan di bilik persalinan dan juga dalam latihan, malah turut disamakan dengan Eric Cantona, tetapi apa yang paling dikagumi dalam hiraki United adalah kekuatan fizikal pemain Sweden itu.

Ketika melakukan ujian kecergasan sebelum menandatangani perjanjian setahun yang mana terdapat pilihan untuk 2017-2018 – Ibrahimovic bertanya rekod semasa bagi ujian individu.

Zlatan Ibrahimovic yang bermain begitu cemerlang bersama Manchester United. – AP
Zlatan Ibrahimovic yang bermain begitu cemerlang bersama Manchester United. – AP

Dia meneruskan dan mengatasi semua daripada mereka. Lompatan dia adalah 20 peratus lebih tinggi daripada mana-mana pemain yang direkodkan sebelumnya.

United yakin bahawa pengambilan Ibrahimovic akan memberi kesan pada masa depan dan berpuas hati dengan perpindahan musim panas itu.

Mereka tidak mempunyai rancangan untuk membuat penambahan pada Januari, walaupun Bastian Schweinsteiger akan dibenarkan mencari kelab lain.

Sumber United menekankan bahawa semua kelab utama Eropah baru saja mendaftar untuk format baru Liga Juara-Juara, yang kini dikendalikan bersama oleh UEFA dan Persatuan Kelab Eropah, yang mana mengikat mereka semua dalam kejohanan itu sehingga 2021. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA