Zlatan pecah rekod, PSG mara

Zlatan pecah rekod, PSG mara

PARIS, 9 Dis – Zlatan Ibrahimovic mencatatkan satu lagi rekod apabila Paris Saint-Germain menamatkan fasa kumpulan Liga Juara–Juara dengan positif selepas menewaskan Shakhtar Donestsk 2-0 di Parc des Princes semalam.

Lucas Moura dari Brazil memecahkan kebuntuan pada minit ke-57 sebelum penjaring terbanyak, Ibrahimovic melengkapkan kemenangan dalam kejayaan kumpulan A dengan gol kedua empat minit sebelum tamat.

Tetapi dengan Real Madrid membelasah Malmo 8-0 di Sepanyol, PSG menamatkan tiga mata di tempat kedua dan berisiko dalam undian pusingan 16 di mana juara seperti Barcelona, Bayern Munich dan Manchester City sedang menunggu. “Undian penting dan sama seperti penyudah tangga kedua lain, kami mahu menghindarkan dua pasukan pilihan bagi perlawanan itu (Barca dan Bayern),” kata jurulatih PSG, Laurent Blanc.

“Fasa kumpulan itu bagus dan mungkin apa yang memberikan saya kepuasan adalah perlawanan yang kami pamerkan di Real Madrid, biarpun tewas.”

Bonus utama Paris adalah melihat Ibrahimovic memecahkan satu lagi rekod – penjaring terbanyak kelab sepanjang masa dalam aksi Eropah – mengatasi pemain hebat Liberia, George Weah dengan gol ke-17.

Zlatan Ibrahimovic (kanan) meraikan jaringan semasa menentang Shakhtar Donetsk di Parc des Princes semalam. – AFP
Zlatan Ibrahimovic (kanan) meraikan jaringan semasa menentang Shakhtar Donetsk di Parc des Princes semalam. – AFP

Ia memastikan persekitaran menarik di ibu negara Perancis biarpun penyudah Ibrahimovic hasil hantaran Lucas lebih banyak menggelecek ke gawang berbanding meledakkannya.

Ia adalah persembahan hambar juara Perancis itu, di mana kelayakan mereka ke pusingan 16 terakhir selepas muncul naib juara kumpulan sudah dipastikan dua minggu lalu dengan kemenangan 5-0 di Malmo.

Peminat dilemahkan ledaklan Lucas sebelum perlawanan memasuki satu jam untuk membuka jaringan. Apa yang paling menyelubungi minda penyokong PSG sekarang adalah undian kalah mati Isnin depan di Nyon, Switzerland. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA