Zlatan satu fenomena

Zlatan satu fenomena

MANCHESTER, England, 15 Ogos – Zlatan Ibrahimovic meraih beberapa kelab peminat di ruang kantin Manchester United sejak berpindah ke Old Trafford baru-baru ini.

Pemain-pemain muda United, Luke Shaw dan Marcus Rasford dalam kalangan mereka duduk bersama penyerang berusia 34 tahun itu ketika waktu makan, melihat untuk meraih sebanyak mana hikmat daripada bintang bola sepak dunia itu.

Pengaruh Ibrahimovic itu juga nampak di padang kelab barunya itu. Dia menyertai selepas kejayaan empat musim bersama Paris Saint-Germain.

Jaringan daripada sepakan akrobatik pada awal empat minit perlawanan persahabatan dalam penampilan pertamanya. Jaringan lewat menentang Leceister dalam kejohanan Community Shield dan semalam menjaringkan sebiji gol dalam penampilan pertama Liga Perdana Inggeris yang terhasil dari rembatan jarak jauh untuk memastikan kemenangan 3-1 ke atas Bornemouth.

Aksi Ibrahimovic ketika penampilan pertama dalam Liga Perdana Inggeris menentang AFC Bournemouth. – AP
Aksi Ibrahimovic ketika penampilan pertama dalam Liga Perdana Inggeris menentang AFC Bournemouth. – AP

Ia menjadi semakin jelas kenapa Jose Mourinho begitu berminat untuk menjadikan pemain Sweden itu sebagai pemain utama dalam tahun pertama kendaliannya di kelab terbesar England itu.

“Lupakan dia berusia 34 tahun,” ujar Mourinho. “Badan dan mentaliti tidak sepertinya 34. Dia berada di peringkat teratas dalam kualitinya.

Ibrahimovic mungkin berada pada prestasi terbaik ketika bersama Intermilan dan AC Milan dan bersama PSG musim lepas, namun dia tetap akan menjadi ahli berharga dalam skuad United.

Diberikan jersi No.9 yang dipakai musim lepas oleh Anthony Martial, Ibrahimovic telah mengganti Rasford daripada skuad utama dan memberikan United keberadaan yang berlainan di bahagian depan. Kerjasama serangannya bersama Wayne Rooney kurang rentak namun sudah tentu tidak mempunyai kekurangan dalam teknik, kepintaran kawalan permainan dan fizikal. – AP

ARTIKEL YANG SAMA