Zlatan simpan tenaga untuk Euro

Zlatan simpan tenaga untuk Euro

STOCKHOLM, 22 Mac – Zlatan Ibrahimovic hanya menjadi penonton apabila Sweden dan Turki bertemu dalam aksi persahabtan ketika jurulatihnya Erik Hamren mahu menyimpan tenaga pemain berusia 34 tahun itu untuk pusingan akhir Euro 2016 yang akan datang.

“Saya telah memikirkan cara terbaik menyimpan tenaganya untuk musim panas ini. Tiada apa yang saya mahu katakan tentang masanya di Paris, jadi saya mencadangkan kepada beliau dia akan direhatkan semasa menentang Turki,” kata Hamren menjelang pertemuan Khamis ini.

Penyerang superstar itu bagaimanapun mungkin bermain dalam aksi persahabatan menentang Republik Czech 29 Mac ini. “Itu bagus untuk dia dan untuk pasukan,” kata bos Sweden itu.

Ibrahimovic baru sahaja membawa Paris menjulang gelaran League 1 keempat dan kelab Perancis itu juga bersiap sedia untuk menangani Manchester City dalam suku akhir Liga Juara-Juara. Sweden berdepan Itali, Ireland dan Belgium dalam Kumpulan E pada final Euro dari 10 Jun hingga 10 Julai nanti. – AFP

Ibrahimovic direhatkan sebagai persediaan untuk Euro 2016. – Reuters
Ibrahimovic direhatkan sebagai persediaan untuk Euro 2016. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA