Zlatan tiup semangat skuad Sweden

Zlatan tiup semangat skuad Sweden

STOCKHOLM, 13 Okt – Zlatan Ibrahimovic menghasilkan gol kelapannya dalam lapan perlawanan kelayakan Euro 2016 tatkala Sweden membenam Moldova 2-0 di Stockholm semalam, tetapi pasukannya perlu memuaskan hati mereka dengan kedudukan playoff, selepas Rusia menumpaskan Montenegro 2-0, sekali gus meraih kedudukan kedua dalam Kumpulan G.

Peneraju kumpulan yang belum dikalahkan Austria membelasah Liechtenstein 3-0 untuk memantapkan kedudukan dengan 28 mata, lebih lapan berbanding Rusia dan 10 mengatasi Sweden, yang akan berdepan dengan pesaing mereka apabila playoff seri dibuat di in Nyon, Switzerland pada Ahad.

Membuat permulaan penuh saingan pertama pada separuh kedua sepenuhnya di Friends Arena, penyerang John Guidetti merembat masuk bola ke gawang lawan pada minit ke-4 dan ia mengambil masa 20 minit kemudian untuk membuka jaringan.

Zlatan Ibrahimovic (10) menanduk bola sambil disaingi pemain Moldova, Iulian Erhan pada kelayakan Kumpulan G Euro 2016 di Friends Arena di Stockholm, Sweden, pada 12 Oktober 2015. – Reuters
Zlatan Ibrahimovic (10) menanduk bola sambil disaingi pemain Moldova, Iulian Erhan pada kelayakan Kumpulan G Euro 2016 di Friends Arena di Stockholm, Sweden, pada 12 Oktober 2015. – Reuters

Kapten Ibrahimovic kemudian dengan tangkas tidak mensia-siakan bola hantaran dari Andreas Granqvist sebelum melepasi asakan penjaga gawang Moldova, Ilie Cebanu, lalu merembat masuk bola ke gawang yang tidak dikawal. Beliau juga terbabit dalam percubaan kedua Sweden, yang membabitkan tiga pemain tetapi gagal mencapai matlamat.

Bagaimanapun, para peminat tidak selesa dengan kemenangan itu yang ternyata diserlahkan dengan ejekan dan tiupan wisel sekali gus memerlukan skuad Sweden tersebut memantapkan lagi corak permainan mereka. – Reuters