Zlatan umum sertai United

Zlatan umum sertai United

PARIS, 1 Julai (AFP) – Zlatan Ibrahimovic semalam berkata dia menyertai pasukan Manchester United, yang menamatkan spekulasi mengenai di mana bintang penyerang dari Sweden itu akan beraksi pada musim depan.

Ibrahimovic, yang juga bebas ejen selepas mencatatkan kejayaan besar di Paris Saint-Germain, menjadi penandatanganan kedua dari bos United baru, Jose Mourinho selepas mendapatkan pemain pertahanan dari Ivory Coast, Eric Bailly dari kelab Sepanyol, Villarreal.

“Sudah masanya untuk dunia tahu. Destinasi saya adalah Manchester United,” tulisnya dalam Instagram dan Facebook, lengkap dengan gambar lencana Manchester United, sebagai ulasan itu membuktikan perpindahan itu salah satu pertukaran yang terbesar setakat ini.

Ibrahimovic bersatu kembali bersama Mourinho, selepas mereka melalui hubungan persahabatan yang baik ketika bersama-sama di Inter Milan, dalam apa yang dilihat perpindahan terakhir dalam kerjayanya di lima negara dan melengkapkan 11 gelaran liga.

Dia akan menandatangani persetujuan selama setahun hari ini yang akan menyaksikannya menerima 220,000 paun seminggu (260,000 euro, AS$290,000), menurut media Britain.

Ibrahimovic

Pemain dari Sweden yang berbadan tinggi itu, menjaringkan 62 gol dalam 116 perlawanan antarabangsa, bermain-main dengan persoalan bagi beberapa minggu mengenai di mana dia akan pergi dan ia adalah kali pertamanya beraksi dalam Liga Perdana, yang kebanjiran dengan persetujuan televisyen.

Ibrahimovic, yang bersara dari bola sepak antarabangsa selepas Sweden tersingkir dari Euro 2016, juga pernah beraksi bersama Ajax, Juventus, Barcelona dan AC Milan sepanjang kerjayanya yang mana dia dikenali dengan personalitinya sebagai kehandalan di depan gawang.

Dia juga dikaitkan dengan kepulangan ke AC Milan dan ejennya menggambarkan bahawa Major League Soccer di AS adalah destinasi lain, tetapi United adalah pilihan utama.

Ibrahimovic akan meningkatkan barisan serangan di Old Trafford yang dilihat sangat kekurangan idea, kedalaman dan bakat musim lalu ketika di bawah kendalian Louis van Gaal.

ARTIKEL YANG SAMA