Zon Euro bakal hadapi kesukaran – IMF

Zon Euro bakal hadapi kesukaran – IMF

WASHINGTON, 17 Jun (AFP) – Tabung Mata Wang Antarabangsa mengingatkan semalam bahawa pengundian Britain pada minggu depan untuk berpisah daripada Kesatuan Eropah mungkin membantut pertumbuhan ekonomi dan melemahkan hubungan yang mengikat zon euro.

Dalam satu laporan baru mengenai kawasan euro, IMF mengingatkan bahawa blok mata wang 19 negara itu telahpun menghadapi keraguan yang meningkat dari dalam blok yang mungkin melonggarkan ikatannya, termasuk daripada ketegangan mengenai krisis pelarian dan daripada tekanan kewangan.

Ia berkata pengundian pro-Brexit pada 23 Jun mungkin memburukkan lagi trend tersebut.

“Tindakan kolektif yang kukuh diperlukan untuk menenangkan keraguan Euro dan memperbaharui kepercayaan dalam kesatuan mata wang,” kata IMF.

“Satu pengundian ‘meninggalkan’ kesatuan dalam referendum UK, atau keputusan yang menyokong undi untuk kekal dalam kesatuan, mungkin memburukkan lagi ketegangan berkenaan, menyumbang kepada keraguan dan ketidakpastian Euro,” kata Tabung.

Ketua UK Independence Party (UKIP) Nigel Farage ketika bersama media pada kempen pelancaran poster negara menjelang referendum EU, di London semalam. Dua pemilihan baru yang dikeluarkan semalam menunjukkan bahawa pengundi Britian memihak kepada Brexit, seminggu lebih awal daripada referendum pada 23 Jun. – AFP
Ketua UK Independence Party (UKIP) Nigel Farage ketika bersama media pada kempen pelancaran poster negara menjelang referendum EU, di London semalam. Dua pemilihan baru yang dikeluarkan semalam menunjukkan bahawa pengundi Britian memihak kepada Brexit, seminggu lebih awal daripada referendum pada 23 Jun. – AFP

IMF seterusnya mengumumkan ia akan menangguh selama sehari laporan ekonomi tahunannya mengenai Britain – yang termasuk satu analisis tentang kesan pengundian Brexit – selepas penggubal undang-undang Britain yang pro-EU dibunuh, menyebabkan kempen untuk referendum EU menjadi kelam-kabut seminggu sebelum pengundian.

“Demi menghormati peristiwa tragik di UK hari ini, dan dengan persetujuan pihak berkuasa UK, IMF sedang menangguh selama 24 jam penerbitan laporan kakitangan dan dokumen lain Rundingan Artikel IV 2016,” kata institusi yang berpangkalan di Washington. Laporan tidak akan dikeluarkan pada 2300 GMT hari ini.

Sebelumnya seorang pegawai IMF berkata satu pengundian Britain untuk keluar daripada 28 negara Kesatuan Eropah akan menjejas pasaran dan membebani pertumbuhan ekonomi.

“Satu pengundian untuk keluar daripada EU akan mempercepatkan tempoh ketidakpastian, ketidakstabilan pasaran kewangan dan pertumbuhan yang lebih lembap tatkala UK berunding hubungan barunya dengan EU,” kata jurucakap IMF Gerry Rice pada satu persidangan akhbar.

ARTIKEL YANG SAMA