Zon komersial udara Dron

Zon komersial udara Dron

SAN FRANCISCO, 29 Julai (AFP) – Penjual online gergasi Amazon mahu mengukir satu zon udara istimewa kepada perkhidmatan komersial dron ulang-alik yang akan menghantar barangan kepada pelanggan-pelanggannya.

Timbalan Presiden projek Amazon Prime Air, Gur Kimchi menggunakan persidangan NASA di California kelmarin untuk menyuarakan idea tersebut untuk satu tumpuan penuh terhadap zon-zon udara untuk dron-dron komersial.

Kimchi mencadangkan penetapan zon komersial zon di antara 200 dan 400 kaki (61 dan 122 meter) dari aras tanah, dengan tiada penerbangan 100 kaki ke atas untuk memastikan mereka selamat daripada kapal terbang lain.

Dron yang kurang canggih, seperti yang digunakan oleh penggemar hobi, boleh diberikan ruang udara di bawah yang digunakan model komersial yang lebih pantas dan mempunyai kelengkapan sensor yang lebih canggih.

“Amazon percaya model yang paling selamat dan efisien bagi sistem Udara Tanpa Pemandu dengan campuran perlengkapan dan keupayaan adalah dalam ruang udara diasingkan dengan struktur ditetapkan bagi operasi di bawah 500 kaki,” menurut sebahagian pembentangan bertulis Amazon Prime Air.

“Dron awam dan peribadi industri perlu bekerjasama untuk menyedari konsep baru ini terhadap operasi ruang udara jika kita ingin membawa inovasi baru ini untuk membuahkan jalan keselamatan dan bertanggungjawab.”

Dron perlu memenuhi standard teknikal untuk memasuki zon komersial dron, yang mempunyai sistem kawalan trafik udara sendiri.

ARTIKEL YANG SAMA