Zon peminat Euro 2016 selamat – Manuel

Zon peminat Euro 2016 selamat – Manuel

PARIS, 28 Mac (AFP) – Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls semalam menegaskan bahawa zon-zon peminat pada perlawanan Euro 2016 adalah selamat seperti stadium perlawanan biarpun ketakutan ia mungkin menjadi sasaran lemah bagi serangan pengganas.

Kebimbangan keselamatan yang akan diadakan pada 10 Jun sehingga 10 Julai, yang dijangka menarik sehingga lapan juta peminat, dipertingkatkan selepas serangan Brussels yang meragut

28 jiwa dan mencederakan 340 yang lain.

“Zon–zon peminat ini berada dalam keadaan selamat, tertutup, setiap beg akan diperiksa dan pada masa yang sama persaingan akan diadakan,” Valls memberitahu televisyen France 2.

Manuel menegaskan bahawa zon-zon peminat pada perlawanan Euro 2016 adalah selamat. – Reuters
Manuel menegaskan bahawa zon-zon peminat pada perlawanan Euro 2016 adalah selamat. – Reuters

Sejak serangan di Brussels, kebanyakan ahli politik meletakkan keraguan mengenai bagaimana selamatnya zon –zon peminat dan ketakutan bahawa kawasan penyokong berprofil tinggi seperti yang membayangi Menara Eiffel akan dijadikan sasaran.

Zon-zon peminat, yang akan ditempatkan dalam setiap 10 buah bandar raya hos, dijangka akan menerima kehadiran diantara 10,000 dan 100,000 penyokong ketika perlawanan.

‘Terdapat sekitar tujuh sehingga lapan juta orang yang dijangka hadir ketika perlawanan, kebanyakannya dalam zon peminat,” tambah Valls.

ARTIKEL YANG SAMA