Zone 1 juara sepak takraw SPSS

Zone 1 juara sepak takraw SPSS

Oleh Sidd

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mei – Pasukan Zone 1 muncul juara dalam Acara Sukan Sepak Takraw SPSS Kompeni ‘D’ shift ‘A’ yang diadakan di Dewan Sekolah Sukan, Berakas, hari ini.

Sementara itu tempat kedua dimenangi oleh Pasukan Zone 4, diikuti Zone 3 dan Zone 2 masing-masing di tempat ketiga dan keempat.Sebanyak empat buah pasukan menyertai acara sukan tersebut anjuran oleh Zone 1 yang antara lain bertujuan untuk menyatupadukan dan mengeratkan hubungan tali silaturahim antara pengawal-pengawal keselamatan SPSS.

Pasukan juara acara sepak takraw tersebut.
Pasukan juara acara sepak takraw tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA