Zoo Adelaide ditutup akibat pencuri

Zoo Adelaide ditutup akibat pencuri

CANBERRA, 27 Mei – Zoo Adelaide di Australia telah ditutup “untuk tempoh masa yang tidak pasti” setelah pencuri gagal meletup ATM di luar kompleks, kata zoo hari ini.

Polis Australia Selatan berkata amaran ATM diaktifkan pada awal pagi ini, dan pegawai respons tiba dan mendapati tempat kejadian berada dalam keadaan kucar-kacir dan mesin rosak teruk.

Akibat kerosakan yang dialami oleh ATM Zoo dan tembok sempadan, Zoo Adelaide berkata ia akan ditutup kepada orang awam untuk tempoh masa yang tidak pasti sementara kerja-kerja membaiki dilakukan.

Russell Schrale daripada Zoo Adelaide berkata keselamatan awam adalah amat penting, dan membenarkan beribu-ribu pengunjung berjalan di sekitar zoo sementara kerja-kerja membaiki dijalankan ke atas mesin ATM dan tembok luar akan menimbulkan risiko kepada pengunjung.

Beliau berkata kerja-kerja membaiki di kawasan luar zoo akan menelan kos yang tinggi, sementara penutupan zoo akan menjejas kerja-kerja pemuliharaan yang sedang dijalankan oleh Zoo Australia Selatan. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA