Zoo di Sydney rai kelahiran tenggiling pertama

Zoo di Sydney rai kelahiran tenggiling pertama

SYDNEY, 24 Nov – Zoo Taronga di Sydney sedang meraikan kelahiran tenggiling pertamanya dalam 30 tahun dengan tiga anak sihat, dikenali sebagai puggles, daripada tiga ibu berlainan yang menetas dalam selang masa tiga hari di antara satu sama lain.

Tenggiling adalah amat sukar untuk dibiak dalam jagaan manusia, namun penjaga di zoo berasa gembira dengan perkembangan ketiga-tiga anak dan ibu kali pertama Ganyi, Spike dan Pitpa.

“Kesemua tiga ibu sedang menjalankan tanggungjawab menjaga puggles mereka dengan baik,” kata Suzie Lemon, salah seorang penjaga zoo.

“Kami mempunyai Spike, salah seekor ibu, yang amat prihatin sehingga ia kembali memberi makan kepada anaknya setiap dua hari.

“Puggles semuanya menetas dalam tempoh yang singkat pada Ogos dan kini telah membuka mata mereka dan mempunyai tulang mereka sendiri.

Anak paling muda dilahirkan kepada Pitpa, puggle terakhir yang lahir di Taronga pada 1987. Tenggiling, yang sukar ditemui di hutan, adalah satu daripada dua haiwan mamalia Australia yang menetas telus, di samping platypus. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA