Zoo Florida dibuka semula selepas serangan maut

Zoo Florida dibuka semula selepas serangan maut

MIAMI, 18 April (AP) – Zoo di Florida Selatan, lokasi penjaga veteran maut diserang harimau Malaya dibuka semula ketika pihak berkuasa terus menjalankan siasatan berhubung punca kejadian Jumaat lalu.

Bercakap di depan Persatuan Zoo dan Pemuliharaan Palm Beach, jurucakapnya Naki Carter memberitahu wartawan, mereka akan membuka zoo itu kepada umum bermula jam 9 pagi waktu tempatan. Zoo berkenaan turut mengumumkan penubuhan dana untuk menyokong pemuliharaan harimau bagi menghormati kematian Stacey Konwiser.

Konwiser maut diserang harimau jantan berusia 13 tahun dalam kurungan dikenali sebagai rumah malam, lokasi harimau tidur dan diberi makan. Harimau berkenaan diberikan ubat pelali dan kini semakin pulih, haiwan berkenaan masih kekal di zoo berkenaan.

Gambar fail bertarikh 7 Mac 2015 menunjukkan reaksi Stacey Konwiser semasa persembahan habitat harimau yang baru di Zoo Palm Beach di West Palm Beach, Florida. – AP
Gambar fail bertarikh 7 Mac 2015 menunjukkan reaksi Stacey Konwiser semasa persembahan habitat harimau yang baru di Zoo Palm Beach di West Palm Beach, Florida. – AP

Konwiser sudah tiga tahun bekerja di zoo berkenaan dan mempunyai pengalaman luas menguruskan haiwan liar itu. “Beliau sayangkan harimau,” kata Carters.

Suami Konwiser, Jeremy, yang bekerja di zoo sama, dalam satu kenyataan berkata, ‘manusia dan haiwan kehilangan seorang rakan hebat.’

Carter enggan mengulas lanjut mengenai siasatan tersebut, tetapi berkata dia mahu “menghapuskan maklumat yang salah” mengenai harimau yang telah dianayai. Beliau juga berkata bahawa pegawai-pegawai zoo tidak menyalahkan haiwan tersebut dalam serangan itu.