Zoo Ohio tutup pameran gorila

Zoo Ohio tutup pameran gorila

CINCINNATI, 29 Mei – Zoo Cincinnati telah menutup sementara pameran gorilanya selepas pasukan respons khas zoo itu menembak mati seekor gorila berusia 17 tahun yang menerkam dan mengheret seorang budak lelaki berusia empat tahun yang jatuh ke dalam parit.

Pegawai zoo berkata budak lelaki itu jatuh selepas dia menaiki pengadang di pameran Gorilla World petang semalam. Dia dibawa keluar dari parit dan diheret oleh gorila tersebut sekitar 10 minit.

Pihak berkuasa berkata kanak-kanak itu, yang tidak dikenal pasti, telah jatuh 10 sehingga 12 kaki. Dia dikejarkan ke Children’s Hospital Medical Center, Cincinnati, di mana dia dijangka akan pulih.

Pegawai hospital terbabit berkata mereka tidak dapat mengeluarkan sebarang maklumat mengenainya.

Pengarah Zoo, Thane Maynard berkata pasukan tindak balas haiwan bahaya zoo itu memutuskan budak lelaki itu berada ‘dalam situasi terancam’ dan mereka perlu menghapuskan gorila jantan seberat 400 paun yang diberi nama Harambe.

“Mereka membuat pilihan yang sukar dan mereka membuat pilihan tepat kerana mereka menyelamatkan nyawa seorang budak lelaki,” kata Maynard.

“Ia mungkin begitu teruk.” Tetapi dia sedih dengan kehilangan gorila itu, yang datang ke Cincinnati pada 2015 dari Gladys Porter Zoo di Brownsville, Texas.

“Kami semua terjejas dengan kemalangan tragis ini mengakibatkan kematian gorila yang terancam,” katanya dalam siaran akhbar. “Ini adalah satu kehilangan besar bagi keluarga zoo dan populis gorila seluruh dunia.”

Dua ekor gorila betina juga berada dalam kurungan itu apabila budak lelaki tersebut jatuh tetapi pegawai zoo berkata hanya gorila jantan masih bersama anak kecil tersebut. – AP

ARTIKEL YANG SAMA